Tuesday, September 7, 2010

::Departing::


Sudah tiba masanya
Semboyan sudahpun berbunyi,
memanggil para perajurit,
menabur bakti,
menilai diri,
di medan perang,

menggunakan segala ilmu,
yang telah dipelajari,
mencerahkan hari masing-masing,
menjamin kedudukan
masa hadapan.

Wahai guruku,
redhailah ilmumu,
yang kau curah pada ku,
semoga berkat itu,
membantuku,
saatku terlupa,
saatku leka,
di medan kelak.

Wahai ayah,
redhailah ilmumu,
redhailah nafkahmu,
redhailah amarahmu,
Wahai ibu,
redhailah suapanmu,
redhailah belaianmu,
redhailah cubitanmu,
redhailah tangisanmu,
kepada ku..

Sudah tiba masanya,
Semboyan sudah berbunyi,
menyeru pejuang.
Berperang minda di medan bakti.

*p/s : this is my last post for this year as I need to go to make my last practice before go to "medan perang". Wish me luck! Insyaallah..

Labels