Thursday, February 11, 2010

ErrORs.


Kesilapan?
Positif atau Negatif?
Negatif - Sesetengah orang menganggap kesilapan adalah satu keburukan bagi seseorang. Dan orang yang mengalaminya pula menganggap kesilapan itu adalah noktah dalam kehidupannya atau usahanya. Sikap inilah yang perlu diperbaiki oleh semua pihak, Terutamanya pelajar. Hal ini demikian, majoriti pelajar masa sekarang berfikiran negatif. Mereka menganggap apabila apabila mereka tidak lulus dalam peperiksaan bermakna mereka dilahirkan dengan otak yang tidak pandai. Bermula dari situlah, mereka akan mula merendahkan diri mereka apabila berhadapan dengan sesetengah guru atau pelajar cemerlang sehingga mereka berasa mereka disisihkan. Sedangkan mereka yang berhalusinasi sendiri. Mereka akan mula memberontak dan hilang minat untuk belajar serta berkata" buat apa nak datang sekolah. Aku bukannya pandai. Aku belajar pun tak faham" . Tegasnya, pemikiran secara negatif inilah racun segala kerosakan dan kemusnahan di atas muka bumi ini.
Positif - Sesetengah insan yang bijaksana menganggap kesilapan ini adalah titik kelemahan mereka yang perlu diperbaiki.Mereka akan mengkaji dan mendalami setiap kesilapan yang telah mereka lakukan dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Dengan cara ini, mereka akan  bergerak secara progresif ke arah positif.

Labels