Wednesday, January 13, 2010

World

    Ada hidup ini. Penuh dengan kegembiraan.Penuh dengan kesenangan. Diselumuti kemewahan. 
Dimanja-manjakan. Dan banyak lagi perkara yang membahagiakan. Tapi malang, mereka lupa
akan kepayahan. Kesulitan. Bermandikan peluh. Berparut anggota badan. Hingga hilang panduan. Tika nikmat itu dirampas kembali.Penuh penyesalan. Penuh keinsafan. Yang teruk lagi. Menudung jari pada insan yang suci.
Fitnah!. Dosa Terberat  di Dunia Pembalasan. 
    Ada hidup ini. Penuh kesukaran. Penuh ketakutan. Penuh pengharapan. Penuh impian. Tapi, Impian hanya impian. Tiada kemungkinan. Hanya keinginan. Merendah diri. Mengasing diri. Kera sumbang. Kekal di tapak yang sama. Segan!.Pengecut! dimana keberanian.Sebagai makhluk agung.Ciptaan sempurna. 
   Ternyata. Ini dunia berbeza. Yang bersatu. Menjadi Dunia yang kita inapi tika ini. Melengkapi sesama lain. 
Namun kini, jurang kian renggang. Dunia bercerai. Yang maju terus maju. Yang lemah dinjak-injak. 
Perang bagai permainan. Nyawa dianggap berganti. Tuntasnya, Konflik ini dapat diselesai dengan penggabungan  semula dua dunia ini. Semai kembali sikap membantu, memahami, dan memimpin.Antara satu sama lain. Moga aman kembali dunia ini.

No comments:

Labels