Tuesday, September 7, 2010

::Departing::


Sudah tiba masanya
Semboyan sudahpun berbunyi,
memanggil para perajurit,
menabur bakti,
menilai diri,
di medan perang,

menggunakan segala ilmu,
yang telah dipelajari,
mencerahkan hari masing-masing,
menjamin kedudukan
masa hadapan.

Wahai guruku,
redhailah ilmumu,
yang kau curah pada ku,
semoga berkat itu,
membantuku,
saatku terlupa,
saatku leka,
di medan kelak.

Wahai ayah,
redhailah ilmumu,
redhailah nafkahmu,
redhailah amarahmu,
Wahai ibu,
redhailah suapanmu,
redhailah belaianmu,
redhailah cubitanmu,
redhailah tangisanmu,
kepada ku..

Sudah tiba masanya,
Semboyan sudah berbunyi,
menyeru pejuang.
Berperang minda di medan bakti.

*p/s : this is my last post for this year as I need to go to make my last practice before go to "medan perang". Wish me luck! Insyaallah..

Tuesday, June 1, 2010

Kepada Seluruh Umat IsLam Akhir Zaman

Wahai muslimin dan muslimat! Bangkitlah. Sedarlah. Sedarlah dari lena dunia mu. Khayal duniawi. Saudara kita sedang menanti tanganmu. Menanti kudratmu.
Kita sedang diserang. Diserang oleh musuh kita. Musuh yang sudah lama merancang untuk menindas Islam. Agama kita. Agama Nabi Muhammad S.A.W. Agama Allah S.W.T.
Bangkitlah. Jangan seperti boneka. Hanya memerhati. Hanya mendengar. Hendakkah anda melihat saudara kita dihina, ditindas, dan dibunuh sesuka hati. Nyawa saudara kita umpama tidak bernilai.
Hendakkah kita melihat agama suci yang diturun dari langit melalui Rasulullah S.A.W, dipijak, diinjak dan dibaling najis. Seperti peristiwa yang dilalui oleh Rasulullah satu ketika dulu semasa menyebarkan Islam. Tapi itu dulu. Nabi masih ada.Manusia paling sabar sepanjang zaman.
Sekarang, kita berseorangan. Tanpa tunggak yang zahir. Cuma berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
Bangkitlah! pelihara kembali iman mu. pelihara kembali akidah mu. Mantapkan kembali rohani mu. Sebagai persediaan untuk menentang musuh Islam.Demi Agama mu. Demi saudara mu.
" Lai'laha'ilallah "
" Muhammadar Rasulullah "
" Allahuakbar " x3

Thursday, February 11, 2010

ErrORs.


Kesilapan?
Positif atau Negatif?
Negatif - Sesetengah orang menganggap kesilapan adalah satu keburukan bagi seseorang. Dan orang yang mengalaminya pula menganggap kesilapan itu adalah noktah dalam kehidupannya atau usahanya. Sikap inilah yang perlu diperbaiki oleh semua pihak, Terutamanya pelajar. Hal ini demikian, majoriti pelajar masa sekarang berfikiran negatif. Mereka menganggap apabila apabila mereka tidak lulus dalam peperiksaan bermakna mereka dilahirkan dengan otak yang tidak pandai. Bermula dari situlah, mereka akan mula merendahkan diri mereka apabila berhadapan dengan sesetengah guru atau pelajar cemerlang sehingga mereka berasa mereka disisihkan. Sedangkan mereka yang berhalusinasi sendiri. Mereka akan mula memberontak dan hilang minat untuk belajar serta berkata" buat apa nak datang sekolah. Aku bukannya pandai. Aku belajar pun tak faham" . Tegasnya, pemikiran secara negatif inilah racun segala kerosakan dan kemusnahan di atas muka bumi ini.
Positif - Sesetengah insan yang bijaksana menganggap kesilapan ini adalah titik kelemahan mereka yang perlu diperbaiki.Mereka akan mengkaji dan mendalami setiap kesilapan yang telah mereka lakukan dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Dengan cara ini, mereka akan  bergerak secara progresif ke arah positif.

Wednesday, January 13, 2010

World

    Ada hidup ini. Penuh dengan kegembiraan.Penuh dengan kesenangan. Diselumuti kemewahan. 
Dimanja-manjakan. Dan banyak lagi perkara yang membahagiakan. Tapi malang, mereka lupa
akan kepayahan. Kesulitan. Bermandikan peluh. Berparut anggota badan. Hingga hilang panduan. Tika nikmat itu dirampas kembali.Penuh penyesalan. Penuh keinsafan. Yang teruk lagi. Menudung jari pada insan yang suci.
Fitnah!. Dosa Terberat  di Dunia Pembalasan. 
    Ada hidup ini. Penuh kesukaran. Penuh ketakutan. Penuh pengharapan. Penuh impian. Tapi, Impian hanya impian. Tiada kemungkinan. Hanya keinginan. Merendah diri. Mengasing diri. Kera sumbang. Kekal di tapak yang sama. Segan!.Pengecut! dimana keberanian.Sebagai makhluk agung.Ciptaan sempurna. 
   Ternyata. Ini dunia berbeza. Yang bersatu. Menjadi Dunia yang kita inapi tika ini. Melengkapi sesama lain. 
Namun kini, jurang kian renggang. Dunia bercerai. Yang maju terus maju. Yang lemah dinjak-injak. 
Perang bagai permainan. Nyawa dianggap berganti. Tuntasnya, Konflik ini dapat diselesai dengan penggabungan  semula dua dunia ini. Semai kembali sikap membantu, memahami, dan memimpin.Antara satu sama lain. Moga aman kembali dunia ini.

Tuesday, January 12, 2010

Smart.Progression.Mind.(S.P.M)

Smart
smart managing your times.
Progression
change your personality from good to better and much better and best.
Mind
set your mind to be ready for 'battle'

Labels