Thursday, October 29, 2009

Hidup Sebagai Jalan

wah....esok cuti.Yahooo!!
selepas semua kesusahpayahan...
tapi ini hanya sementara...
tiada kesusahan tiada hidup...
hidup ini sebatang jalan...
berliku liku...
berlopak lopak...
tinggi rendah...
bersimpang siur...
tapi...
cabaran inilah...
yang mendidik kita...
supaya lebih baik...
menghadapi cabaran...
mendatang...
yakni...
lebih payah...
dari sekarang...
tapi aku...
sudah hampir...
dengan jambatan...
yang akan ku...
praktikkan...
segala usaha...
yang lalu...
sebagai ...
persediaan manghadapi...
cabaran yang lebih payah...
SPM..

Usaha..

it was a long day this morning. Full of paper. Could not fully concentrate on each paper. memang penatla siang tadi... balik2 buuum...menyenyakkan diri...huhuhu. Kenapala nasib ku begini? belajar3...nothing more. but i know. This is for my future : happy future...berakit rakit kehulu, berenang ketepian, bersakit sakit dahulu , bersenang senang kemudian...Everyone wanna happy and successful future. Not excepting me. So, lets work hard from now. Tiada usaha yang tiada balasan.well..nak smbg study la....sok ada lagi peperiksaan..

Monday, October 26, 2009

B0R0S

Aku menduduki peperiksaan hari ini. Matematik dan Sejarah. Kertas kertas periksa itu not bad . Macam nak meletup urat-urat aku menhantar mesej-mesej aku didalam otak. Luckyly, aku dah prepare awal lagi. So, peratus kemungkinan aku gagal agak sedikit. Hehe...By the way, aku jalan-jalan kat bandar petang tadi (melepaskan stress ngan shopping..WAH!! macam pompuan plak aku nie..dush!)Macam macam aku beli...nasib baik hari nak malam...kalau tak satu bandar aku borong(walaupun ada RM50 jen.).Tapi aku fikir balik, kenape aku beli barang ini, sedangkan aku tak perlukan barang ni. Inilah yang dikatakan nafsu membeli belah. So, aku nak pesan kat semua rakyat rakyat jelata, supaya fikirlah la dulu sebelum membeli barang..Fikir sampai hangit jgn fikir masak masak. U think yourself...

Sunday, October 25, 2009

SisTem BaRtEr

Hari Ahad yang membosankan.Aku study mate n sejarah for next exam. Aku buat study group. Dalam study group tu, setiap seorang akan membuat nota bagi satu matapelajaran yang berlainan. Bila semua sudah selesai, nota nota tu akan di photostat dan di edarkan kepada setiap ahli kumpulan.Sistem ini dipanggil sistem barter(LOL)... Yang penting sistem ini hanya berjalan seminggu sebelum peperiksaan.. Wakaka...maknanya seminggu sebelum peperiksaan jelah kami akan start study..sebelum tu...Haraaaaam...

Saturday, October 24, 2009

AbOut MySeLf

Aku seorang anak Melayu yang tinggal di kawasan yang bakal menjadi sebuah bandar yang pesat membangun. Aku masih belajar. Di kawasan ini juga. Form 4, kelas Sains. Hobiku, menjadi penunggu skrin komputer yang bertampal gambar Naruto. Memang naluriku, meminati kartun. Entah mengapa, sudah berumur 16 tahun masih menonton kartun ''Tom and Jerry''.
Semakin hari aku semakin matang. Semakin hari aku semakin banyak pengalaman antara pahit dan manis yang aku tempuh. Melihatkan aku semakin dekat dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, aku perlu terus berusaha meningkatkan ilmu yang tak seberapa ini. Walaubagaimanapun, aku perlu mmembahagikan masa ku antara study dengan beriadah dan si dia. Ah! tak perlu la aku menceritakan tentang nya. Segan pulak..
Aku selalu keseorangan. Tapi, aku menganggapnya sebagai satu kurniaan Ilahi kepada ku. Aku menghabiskan masa ku dengan study, latihan, and watching television. Walaupun, aku selalu menghabiskan masa dengan perkara yang x berfaedah ni, aku masih mendapat tempat kedua dalam kelas ku. Yang pertama, of course la Yan. Otak jenis ape la yang di guna. Aku mengalahkannya, dan aku juga dapat mempertahankan kedudukanku juga. Alhamdullilah. aku selalu ingin mengalahkan Yan. Sekalipun cukupla.Teringin sangat melihat muka nya yang pertama kali kalah.
So, otak aku pun dah kering kontang memikirkan apa yang hendak ditulis sekarang. Aku berhenti dulu la kat sini erk?ok Chow dulu..

Labels